Kepada pengguna Natasya yang dihargai, mulai sekarang semua produk keluaran Natasya telah diperkasakan lagi dengan stiker hologram original/asli yang baru. Diharap anda memeriksa kotak produk semasa pembelian anda.
Drpd,
Pengurusan
Adalah dimaklumkan kepada semua para pengguna, Nizayu Enterprise bukan lagi stokis dan pengedar produk Natasya yang sah. Sekian dan Harap Maklum.
Sukacita dimaklumkan syarikat kami Perwanza Enterprise Sdn Bhd telah memenangi Anugerah Kosmetik Terlaris (Natasya) di Anugerah Usahawan Herba dan Bioteknologi Malaysia 2011.Untuk makluman, Panel Penilai Anugerah Usahawan Herba bagi kategori Anugerah Kosmetik Terlaris yang diterima oleh Natasya terdiri daripada PERDASAMA, PURBATAMA, MARA, KKM dan InfoGlobal
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja Syarikat Perwanza Enterprise Sdn Bhd dan tidak lupa juga ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pengguna setia produk Natasya.
Pihak syarikat menggalakkan pemborong dan pengedar yang membuat pembelian yang tinggi setiap bulan menghubungi pihak syarikat bagi mendapatkan tempat di majlis Anugerah Kosmetik Terlaris di One World Hotel.Tertakhluk kepada terma dan syarat.
Kepada pengguna yang dikasihi,
Banyak lagi pengguna yang masih keliru tentang pembungkusan produk Natasya yang asli @ original. Cara untuk mengenal pasti amat senang. Produk asli Natasya dibungkus dengan kotak berhologram yang mempunyai tulisan “Natasya Asli” & “Natasya Original”. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk membelek dengan betul semasa membuat pembelian produk. Anda juga boleh melayari bahagian “Stokis & Pengedar” untuk senarai lengkap pengedar rasmi kami. Terima Kasih atas sokongan & keyakinan anda terhadap produk Natasya.
Drpd,
PERWANZA ENTERPRISE (M) SDN BHD
Tawaran hebat!!
Kumpulkan 10 penutup botol produk Natasya bagi mendapatkan sebanyak 50% diskaun penginapan di Natasya Resort Cameron Highlands.
Tertakhluk kepada terma dan syarat.
Terma & Syarat:
Syarikat berhak menukar terma dan syarat tanpa sebarang notis.
Satu lagi inovasi produk kesihatan terkini daripada Natasya – memperkenalkan Natasya Gamat Plus.
Natasya Gamat Plus yang dihasilkan melalui teknologi pengekstrakan nano-selular ini mengandungi pati prune, protein beras ungu dan peria yang berupaya mengawal gula dalam darah secara berkesan di samping meningkatkan penjanaan semula sel-sel pankreas. Melalui teknologi pengekstrakan Nano terkini dan campuran khas herba-herba Asia terpilih, Gamat Plus membantu pesakit kencing manis yang ingin mengawal paras gula dalam darah mereka serta memperbaiki fungsi tubuh badan yang terjejas oleh ketidakseimbangan gula.
Untuk kebaikan kesihatan sekeluarga, amalkan pengambilan Natasya Gamat Plus seharian.
Para pengguna produk Natasya adalah dimaklumkan bahawa semua produk Natasya yang asli adalah selamat untuk digunakan, tanpa mengandungi sebarang bahan yang boleh memudaratkan.
Adalah menjadi polisi syarikat untuk menggunakan bahan yang selamat dan melalui prosedur yang telah ditetapkan pihak berwajib.
Namun begitu, kami mengenal pasti terdapat produk tiruan yang berada di pasaran yang menggunakan jenama Natasya tetapi tidak dikeluarkan oleh syarikat kami. Produk seumpama ini adalah tidak menepati piawaian kualiti produk Natasya yang dijamin selamat.
Untuk itu. kami menyeru semua pengguna agar berwaspada dengan produk tiruan dan dapatkanlah barangan Natasya daripada stokis yang sah sahaja.
Terima kasih atas sokongan anda semua!